Tempatan

Wajibkan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Surat Rasmi Kerajaan Bukan Tindakan Tepat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SIBU, 28 Oktober 2023 – “Menggunakan bahasa Melayu dalam semua surat rasmi kerajaan bukanlah tindakan baik sebaliknya beliau (seharusnya) menggalakkan rakyat di negara ini mempelbagaikan penggunaan bahasa.”

Ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir Christopher Gira Sambang membalas kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 di Universiti Multimedia (MMU) Rabu lalu.

Menurut Gira, ketika ini negara sudah memasuki era teknologi moden dan hampir kesemua teknologi maklumat menggunakan bahasa Inggeris.

Beliau juga mendakwa, penggunaan bahasa asing itu merupakan peluang terbaik untuk menarik pelabur datang ke Malaysia.

Jelasnya, di Sarawak, penggunaan bahasa Inggeris dalam surat rasmi kerajaan tidak menjadi masalah dan ia wajar diteruskan. Tambah Gira, Sarawak menerima dan mengamalkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi namun pada masa sama, mereka masih mengekalkan bahasa Inggeris sebagai satu lagi bahasa komunikasi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: