Antarabangsa

Israel Dan Hamas Bersalah Jenayah Perang – PBB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHAMIS, 13 Jun 2024 – Sebuah suruhanjaya di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyatakan bahawa pihak berkuasa Israel telah melakukan jenayah perang serta jenayah kemanusiaan di Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Namun suruhanjaya yang sama juga turut menyatakan bahawa Hamas juga turut bertanggungjawab terhadap sesuatu yang mereka kelaskan sebagai jenayah perang di Israel.

Suruhanjaya tersebut, UN Independent International Commission of Inquiry on the Occupied Palestinian Territory, sebuah badan yang ditubuhkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) telah menerbitkan sebuah laporan berkenaan siasatan mereka terhadap konflik Hamas-Israel.

Laporan yang diterbitkan pada Rabu lalu itu telah disifatkan sebagai sebuah siasatan yang terperinci berkenaan kejadian yang bermula pada 7 Oktober 2023, yang mana menurut UNHRC, laporan tersebut adalah berdasarkan temu bual dengan para mangsa dan saksi kejadian, item yang disahkan menerusi analisis forensik, laporan perubatan forensik, imej satelit dan lain-lain.

Suruhanjaya tersebut menyatakan bahawa pihak berkuasa Israel “telah melakukan jenayah perang dengan kebuluran sebagai salah satu kaedah peperangan, pembunuhan dengan sengaja, mensasarkan serangan secara sengaja terhadap orang awam serta objek-objek awam, pemindahan secara paksa, keganasan seksual, siksaan serta layanan yang tidak berperikemanusiaan dan kejam, penahanan secara rawak serta penzaliman terhadap maruah diri”.

Laporan yang sama juga turut menyatakan bahawa Hamas dan enam lagi kumpulan Palestin telah bertanggungjawab terhadap kejadian yang berlaku pada 7 Oktober di Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: