Tempatan

Afrika Selatan Catat Korban Pertama Cacar Monyet

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAUTENG, 13 Jun 2024 – Afrika Selatan mencatatkan kematian pertama cacar monyet apabila seorang lelaki berusia 37 tahun meninggal dunia akibat virus berkenaan pada Isnin baru-baru ini selepas dimasukkan ke hospital di wilayah Gauteng.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Kesihatannya, Joe Phaahla yang menyatakan terdapat lima kes direkodkan pada tahun ini yang mana wilayah Gauteng merekodkan satu lagi kes manakala tiga lagi kes direkodkan di KwaZulu-Natal dan dikelaskan sebagai teruk serta memerlukan kemasukan ke hospital.

Menurut beliau, kesemuanya melibatkan lelaki berusia antara 30 hingga 39 tahun yang tidak pernah pergi ke negara lain yang mengalami wabak sekali gus menunjukkan penyakit itu berjangkit secara tempatan.

“Satu kematian adalah banyak, terutamanya daripada penyakit yang boleh dicegah dan diurus,” katanya sambil menggesa mereka yang mempunyai gejala disyaki agar mendapatkan rawatan perubatan di samping mengesan kontak.

Kata Phaahla, lima pesakit yang didiagnosis itu mempunyai kekurangan imun sedia ada serta telah dijangkiti penyakit berkenaan sejal awal Mei.

Mpox atau dahulunya dipanggil Monkeypox merupakan jangkitan virus yang disebarkan menerusi kontak rapat dan membawa gejala demam, sakit kepala, sakit belakang, sakit otot dan boleh berkembang menjadi ruam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2022 pernah mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam berhubung wabak Mpox dan ia telah ditamatkan pada tahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: