Peningkatan Wabak Mpox, Afrika Isytihar Darurat Kesihatan
AADIS ABABA, 17 Ogos 2024 – Badan pemantau kesihatan Kesatuan Afrika telah mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam berhubung wabak penyakit cacar monyet (mpox) yang semakin meningkat di benua itu, dengan mengatakan langkah itu adalah “seruan untuk bertindak”, lapor agensi berita antarabangsa.
Ketua Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (CDC), Jean Kaseya dalam satu kenyataan pada Selasa telah mengisytiharkan perkara tersebut bagi keselamatan benua.
“Mpox kini telah merentasi sempadan, menjejaskan beribu-ribu di seluruh benua kita,” katanya.
Menurut data CDC setakat 4 Ogos, terdapat 38,465 kes mpox dan 1,456 kematian di Afrika sejak Januari 2022.
Mpox disebarkan melalui kontak rapat dan menyebabkan ruam serta simptom seperti selesema dan luka yang dipenuhi nanah.
Kebanyakan kes adalah ringan tetapi ia boleh membunuh malah ia juga berbahaya untuk kanak-kanak, wanita hamil dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.