Tempatan

Mpox: KDN Tingkat Keselamatan Semua Pintu Masuk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 28 Ogos 2024 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meningkatkan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara termasuk laluan tikus bagi membendung wabak Mpox atau cacar monyet, lapor berita tempatan.

Menurut Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, empat daripada 141 pintu masuk negara akan diberikan keutamaan keselamatan iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2; Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar.

“Di setiap pintu masuk perlu dilakukan pemeriksaan suhu badan dan simptom yang membawa kepada gejala Mpox dan keadaan dilaporkan terkawal.

“Walaupun kita mendengar dari negara jiran tentang adanya gejala itu tapi biar kita berpandu kepada KKM untuk tindakan selanjutnya kerana mereka ada indikator tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, baru-baru ini.

Dalam pada itu, katanya beberapa laluan tikus turut berada dalam pemerhatian penguat kuasa dan tiga pintu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) sempadan Malaysia-Thailand telah pun mengambil langkah berjaga-jaga selepas terdapat kes pertama Mpox di negara jiran itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: