Antarabangsa

GEMPAR! Thailand Lulus RUU Perkahwinan Sejenis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGKOK, 19 Jun 2024 – Thailand menjadi negara pertama Asia Tenggara yang meluluskan rang undang-undang (RUU) mengiktiraf perkahwinan sejenis, kelmarin.

Memetik laporan, Senat memberi kelulusan muktamad dengan sokongan 130 undi dan 18 berkecuali, untuk mengubah undang-undang perkahwinan yang membenarkan pasangan sejenis.

Perundangan itu akan diserahkan kepada Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn untuk mendapatkan perkenan dan berkuatkuasa selepas 120 hari diterbitkan dalam Warta Rasmi Diraja.

Dalam pada itu, penyokongan golongan songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menganggap undang-undang ini sebagai langkah ke hadapan kerana menjadikan Thailand negara pertama Asia Tenggara yang mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Tunyawaj Kamolwongwat, ahli parlimen dari parti Move Forward berkata, “Hari ini adalah hari untuk rakyat Thailand tersenyum. Ia adalah kemenangan untuk rakyat.”

Turut dikatakan, Thailand sudah cukup sinonim dengan budaya dan toleransi LGBT malah ia menjadi negara ketiga di Asia yang membenarkan perkahwinan sejenis selepas Taiwan dan Nepal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: