Antarabangsa

Pengharaman Perkahwinan Sejenis Sah Di Sisi Perlembagaan – Mahkamah Osaka

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

OSAKA, 24 Jun 2022 – Mahkamah Osaka dalam sebuah keputusan baru-baru ini memutuskan bahawa larangan kerajaan terhadap perkahwinan sejenis adalah sah di sisi Perlembagaan.

Lapor DW, mahkamah telah menolak permohonan daripada tiga pasangan sama jantina untuk membenarkan perkahwinan sejenis di sana.

Tambah mahkamah lagi, konsep perkahwinan yang ditetapkan oleh undang-undang tidak merangkumi perkahwinan antara sama jantina.

Mahkamah turut menolak hujah pasangan-pasangan sejenis terbabit bahawa larangan terhadap perkahwinan sejenis telah mencabuli hak mereka untuk menerima layanan sama rata dan hak untuk bebas bersama.

Namun, sistem mahkamah di Jepun adalah bergantung kepada setiap kawasan, di mana Mahkamah Sapporo pada tahun lalu telah memutuskan bahawa larangan ke atas perkahwinan sama jantina adalah salah di sisi Perlembagaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: