Latvia Mula Iktiraf Hubungan Sejenis
LATVIA, 06 JULAI 2024 – Pasangan sejenis Latvia, Maksims Rongo dan Janis Locs telah menjadi pasangan pertama di negara tersebut yang membuat pendaftaran kerjasama mereka secara sah pada Isnin lalu.
Tindakan tersebut dilakukan sejurus negara itu meluluskan undang-undang baharu berkaitan dengan hubungan pasangan sesama jantina.
Pada November tahun lalu, ahli parlimen Latvia telah membuat undi dalam menggubal undang-undang kesatuan sivil bagi hubungan sejenis.
Tindakan tersebut dilakukan setelah 46 pasangan sejenis di negara tersebut telah berjaya dalam mencabar mahkamah bagi membolehkan mereka diiktiraf sebagai sebuah unit keluarga di sini undang-undang negara itu.
Undang-undang baharu negara itu telah membolehkan pasangan sejenis memperolehi hak-hak dalam bidang perubatan beserta hak-hak tambahan yang berkenaan dengan percukaian serta faedah-faedah sekuriti sosial.
Namun mereka masih tidak dibenarkan untuk mengambil anak angkat serta masih terbatas dalam perihal harta warisan.