Gantung Dana UNRWA Ibarat Menyokong Zionis Israel Halau Penduduk Gaza
GAZA, 29 Januari 2024 – Keputusan beberapa buah negara menggantung dana mereka kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) seolah-olah menyokong misi Zionis Israel menghalau keluar rakyat Palestin dari Gaza.
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh berkata sedemikian sekali gus mendesak negara-negara berkenaan untuk menarik balik keputusan itu.
Ujarnya, “Pada waktu kritikal ini, bantuan sangat diperlukan, dan UNRWA menyumbang sebahagian besar dana ini. UNRWA adalah sangat dekat dengan pelarian Palestin dan juga simbol penduduk Palestin untuk kembali, sejajar dengan resolusi 194 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.”
Sebanyak 9 buah negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Jerman membuat keputusan itu susulan tuduhan rejim Israel mendakwa 13,000 kakitangan UNRWA terlibat dalam serangan 7 Oktober.
Pegawai kanan UNRWA, Phillipe Lazzarini menggesa penarikan balik keputusan tersebut kerana jika ia kekal, UNRWA terpaksa menggantung operasi kemanusiaannya di Gaza.