Antarabangsa

Keadaan Terlalu Mendesak, Gudang Diserbu Ambil Barangan Asas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 30 Oktober 2023 – Ribuan orang ramai telah menyerbu dan memecahkan beberapa buah gudang dan juga pusat-pusat agihan di sekitar Selatan dan Tengah Semenanjung Gaza dan mengambil tepung gandum dan beberapa barangan asas yang lain.

Perkara tersebut telah dilaporkan oleh United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA) menerusi sebuah laporan yang dimuat naik di laman web mereka pada Ahad lalu.

Thomas White, pengarah UNRWA menyatakan bahawa kejadian yang berlaku di Gaza telah membuatkan warga Gaza merasakan bahawa mereka bersendirian, terputus hubungan dengan keluarga mereka serta terputus hubungan dengan dunia. Ujarnya,

“Ini adalah tanda yang membimbangkan di mana aturan sivil kini sudah mula pecah setelah tiga minggu berada dalam peperangan dan kepungan yang ketat di Gaza. Orang jadi takut, kecewa dan terdesak”.

“Ketegangan dan ketakutan semakin teruk setelah saluran telefon dan komunikasi terputus. Mereka merasakan bahawa mereka bersendirian, terputus dari keluarga mereka di dalam Gaza dan daripada dunia”.

White seterusnya menyatakan bahawa sistem konvoi bantuan yang berjalan sekarang sebenarnya telah diaturkan untuk gagal, ujarnya lagi,

“Sistem konvoi sekarang adalah disusun untuk gagal. Kenderaan yang terlalu sedikit, proses yang perlahan, pemeriksaan yang ketat, barangan yang tidak menepati keperluan UNRWA dan organisasi-organisasi bantuan lain, dan terutamanya halangan berterusan untuk bekalan bahan api adalah resipi bagi sebuah sistem yang gagal”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: