Pengeboman Israel ‘Punca’ Palestin Menjadi Tanah Perkuburan Kanak-Kanak
NEW YORK, 07 November 2023 – Pengeboman Israel terhadap Gaza telah menjadikan Palestin seperti tanah perkuburan kanak-kanak, ujar Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.
Menurut beliau, ketika jumlah korban rakyat Palestin melepasi angka 10,000 orang, lebih 4,000 daripadanya adalah di kalangan kanak-kanak.
Guterres menegaskan bahawa perlindungan orang awam ‘mesti diutamakan’ malah gencatan senjata kemanusiaan juga harus disegerakan.
“Kita mesti bertindak sekarang untuk mencari jalan keluar dari kemusnahan yang kejam, mengerikan dan menyeksakan ini.”
Terdahulu, samudera.my melaporkan, pemimpin-pemimpin dari 18 agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) PBB menggesa agar gencatan senjata dilaksanakan dengan segera di Gaza.
Ketua-ketua PBB dan NGO termasuk pemimpin UNICEF, UN Women, The World Food Program, The World Health Organization dan Save The Children telah menyifatkan bahawa kematian dalam konflik tersebut sebagai “mengerikan”.