NGO

CAP Kesal Amaran Terdahulu Isu Keselamatan Makanan Tidak Diendah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 31 Mei 2022 – “Walaupun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan larangan eksport ayam mulai 1 Jun, namun kami kesal kerana amaran terdahulu kepada pihak berkuasa mengenai bahaya akan jaminan keselamatan makanan tidak didengar,” ujar Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader.

Menurutnya, kegagalan untuk merombak keseluruhan dasar pertanian yang merangkumi semakan menyeluruh ke atas rantaian pengeluaran dan pengedaran makanan yang bertanggungjawab terhadap krisis semasa.

Beliau berkata, pada 2018, kami menyuarakan kebimbangan saintis pertanian Mohd Peter Davis yang memberi amaran bahawa Malaysia akan menghadapi risiko kebuluran jika ia mengalami kemelesetan ekonomi yang besar.

Jelasnya, Malaysia, tidak seperti negara pengeluar makanan seperti Thailand dan Vietnam, tidak mempunyai pengeluaran makanan mampannya sendiri.

“Kira-kira 60 peratus makanan kita diimport. Pada masa krisis, negara pengeluar makanan akan mengutamakan untuk memberi makan kepada penduduk mereka yang kelaparan sebelum menjual makanan ke negara lain seperti kita.”

Menurut Mohideen, terdapat dakwaan mengenai kewujudan kartel dan orang tengah yang mengaut keuntungan berlebihan daripada petani atau peruncit. Kerajaan telah memberi jaminan bahawa isu itu sedang disiasat tetapi masih belum ada hasil siasatan, sekurang-kurangnya kepada orang ramai.

Sekiranya, terdapat bukti bahawa kartel makanan bertanggungjawab terhadap kekurangan semasa ini, mereka yang terlibat perlu dikenakan hukuman berat kerana ia merupakan satu pelanggaran yang amat berat terhadap hak asasi rakyat untuk makanan.

Dalam pada itu, kerajaan perlu mengambil langkah bagi mengawal harga ayam kerana ayam dan telur merupakan sumber protein yang biasa, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah.

“Kerajaan tidak seharusnya mempedulikan gesaan sesetengah penternak ayam yang membenarkan harga ayam ditentukan oleh pasaran bebas.”

Sebaliknya, kami menasihati orang ramai supaya cuba menjauhi ayam dan telur dalam tempoh ini bagi mengurangkan krisis bekalan. Dilaporkan bahawa kira-kira 3.6 juta ayam telah dieksport setiap bulan.

Sekiranya larangan itu berkuatkuasa, terdapat kira-kira 116,000 ekor ayam tambahan untuk pengambilan harian domestik setiap hari bagi kegunaan domestik.

“Kami ingin tahu sama ada agensi kerajaan memantau keadaan makanan di negara ini dan jika persatuan peladang dikehendaki memaklumkan kepada kerajaan mengenai sebarang masalah yang dijangkakan,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, isu makanan telah melanda Malaysia sejak 1980-an apabila negara mula mengenepikan pertanian demi perindustrian dan sektor perkhidmatan.

Justeru, kami menggesa kerajaan supaya tidak menangani isu sekuriti makanan secara berperingkat-peringkat tetapi perlu terlebih dahulu membuat tinjauan, mengenal pasti semua masalah dalam semua sektor dan merangka penyelesaian jangka panjang.

Beliau berkata, dengan kenaikan harga makanan, pengambilan diet mereka dalam keluarga berpendapatan sederhana rendah dan bawah 40 (B-40) terjejas teruk. MIDF Research memberi amaran bahawa inflasi makanan Malaysia berada di laluan menaik pada bulan-bulan akan datang, disebabkan oleh kenaikan harga komoditi global, gangguan rantaian bekalan domestik dan kejatuhan nilai ringgit.

Mohideen berkata, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (U.N. 1948) Perkara 25, menyatakan bahawa “Setiap orang berhak untuk mendapat taraf hidup yang mencukupi bagi kesihatan dan kesejahteraan dirinya dan keluarganya, termasuk makanan”.

CAP sekali lagi mengulangi gesaan agar merombak strategi agromakanan yang sedia ada dengan dasar kerajaan yang lebih tegas seperti:

1. Membantu petani dan pekebun kecil memasarkan hasil mereka dengan menyediakan pautan kepada sistem pemasaran yang komprehensif.

2. Menekankan kepada penyelidikan yang membantu meningkatkan pengeluaran.

3. Dalam jangka pendek menghalalkan pekerja asing yang menjadi ‘haram’ kerana faktor teknikal seperti majikan mereka telah gagal untuk memohon permit kerja mereka. Ini akan membantu meningkatkan kekurangan pekerja ladang sedia ada serta mereka dalam sektor lain.

4. Menggalakkan petani beralih kepada kaedah pertanian yang lebih cekap dan mampan bagi mengurangkan pergantungan mereka kepada buruh asing dan membebaskan masa mereka untuk kerja lain.

5. Kerajaan bekerjasama dengan bank untuk menyediakan pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah kepada petani.

6. Kerajaan perlu menubuhkan pusat keselamatan dan kualiti makanan bagi semua hasil untuk memastikan hasil import dan tempatan memenuhi piawaian yang ditetapkan dan makanan selamat untuk dimakan.

7. Menukar tanah terbiar kepada tanah ladang, sama ada untuk tanaman makanan atau untuk makanan haiwan.

8. Menggalakkan petani menghasilkan produk nilai tambah.

Oleh sebab itu, kami menggesa kerajaan untuk menekankan keselamatan makanan yang memerlukan dasar pertanian yang mantap.

Walau bagaimanapun, pandemik ini telah menunjukkan kepada kita bahawa dasar pertanian yang baik harus merangkumi makanan haiwan dan pengeluaran keperluan pertanian lain.

“Ini akan membantu mengurangkan kesan gangguan rantaian bekalan makanan atau ringgit yang lemah,” jelasnya mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: