NGO

Krisis Makanan: Kartel Punca Krisis? Betulkah Kita Tiada Dasar Keluaran Makanan Sendiri – PPIM

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Jun 2022 – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mempersoalkan betulkah Malaysia tidak mempunyai dasar keluaran makanan sendiri.

Hal ini kerana menurutnya, mengimport makanan dari negara luar selama berpuluh-puluh tahun merupakan sesuatu yang tidak patut.

“Untuk puluh tahun kita import, import, import, sampai kawan-kawan kita di kampung pun, halia pun beli, serai pun beli daripada Vietnam, daripada Indonesia, daripada mana-mana. Ini bagi saya satu benda yang tidak patut.”

Tegas Datuk Nadzim yang lebih dikenali dengan panggilan Toqqi, “Sekarang ini, ayam pun dia jadi makanan import juga. Untuk berpuluh tahun juga kita diberikan alasan harga ayam naik disebabkan makanan ayam naik.

Justeru, beliau menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk mula bercucuk tanam sendiri bagi menghadapi segala kemungkinan yang ada dan untuk menjaga keluarga sendiri.

“Saya tidak fikir makanan ayam ini seharusnya menjadi masalah besar pasal tanah kita ni bukan tanah gurun. Dia boleh tanam. Tanam je hidup.”

Oleh yang demikian, “Hari ini kita menyeru, bawa perubahan. Tak kisah apa jadi pasal kita rakyat nak makan juga. Kita perlu buat sesuatu untuk menjaga keluarga kita. Jadi, kalau kita boleh tanam di rumah, kita tanam di rumah.”

“Kalaulah di Malaysia terjadi sesuatu, barang makanan tiada di supermarket, makanan kita sendiri pun tak tahu ada tidak. Kita tak ada duit, kita boleh tahan. Tapi kalau anak-anak kita tak ada makanan, ini sebenarnya cukup bahaya,” ujarnya.

“Kita minta sekolah-sekolah, masjid, surau, kolej ataupun universiti ataupun mana-mana kawasan lapang ini untuk dijadikan produktif.”

Katanya lagi, “Kita nak ada hasil yang boleh digunakan untuk menampung keperluan kita supaya kita tidak kelaparan. Tanah Majlis. Kita juga akan cadang kepada Kerajaan supaya tanah-tanah yang ditanam ini di collect.”

Kenyataan ini dikeluarkan menerusi “Sidang Media PPIM- Kartel Punca Krisis Kelaparan Melanda?” sebentar tadi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: