Disangka Sedang Sembelih Lembu, Lelaki Muslim Diserang 5 Polis India
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BAREILLY, 07 Jun 2022 – Lima anggota polis di Uttar Pradesh ditahan kerana didakwa menyeksa seorang lelaki Muslim dengan memasukkan kayu ke dalam duburnya dan memberikannya renjatan elektrik kerana menyangka lelaki itu sedang menyembelih seekor lembu.
5 UP cops torture man, insert stick in rectum, give electric shock
UP’s Budaun
https://t.co/FXitnJZP9y@kavita_krishnan @timesofindia pic.twitter.com/5bxuhMCxUY— Kanwardeep singh (@KanwardeepsTOI) June 5, 2022
Mangsa, 22, yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau merupakan penjual sayur sambilan ditahan polis kerana disyaki mempunyai kaitan dengan samseng yang terlibat dalam kes penyembelihan lembu.
“Polis menyeksa dan membelasah adik ipar saya sepanjang malam. Setelah tersedar mereka memukul orang yang salah, mereka memberinya Rs 100 (RM5.65) dan menghantarnya pulang ke rumah selepas dua hari.”
“Sejak daripada kejadian itu, adik ipar saya mendapat sawan setiap hari. Sekarang keadaannya semakin teruk dan kami terpaksa membawanya ke hospital,” cerita kakak ipar mangsa kepada Times of India.
Menurut salah seorang doktor yang memeriksa mangsa di hospital, mangsa kerap mendapat sawan kerana sistem sarafnya telah terjejas, mungkin akibat renjatan elektrik.
“Dakwaan terhadap lima anggota polis itu didapati benar. Kami telah mengambil langkah untuk menggantung mereka dan akan memastikan siasatan dilakukan dengan adil,” kata Penguasa Polis (bandar) Praveen Singh Chauhan.