Tempatan

GEG: Haramkan Arak & Judi Sehingga Generasi Baru Tidak Kenal Arak & Judi – Toqqi PPIM

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 04 Oktober 2022 – Kerajaan digesa untuk melaksanakan pelan Generasi Penamat (GEG) buat arak dan judi terlebih dahulu sehingga generasi masa hadapan tidak kenal apa itu arak dan judi, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau Toqqi.

“Kita adalah negara Islam. Sewajarnya aktiviti perjudian, kelab malam, rumah urut, arak dan sebagainya tidak patut ada di negara kita,” kata beliau.

Menurutnya, saranan agar Kerajaan mengharamkan arak dan judi ini adalah perlu dan bertepatan berikutan ia merupakan perkara yang ditegah dalam Islam serta kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Seeloknya Kerajaan haramkan yang itu terlebih dahulu. Kita tahu, kesemua itu haram di sisi agama Islam tetapi ia masih ada di negara ini,” tambahnya.

Jelasnya, majoriti penduduk Malaysia merupakan mereka yang beragama Islam dan adalah janggal sekiranya vape dan rokok diharamkan namun tidak kepada arak dan judi.

“Kita harus haramkan semua ini dari anak-anak masa hadapan. Jika ia dilarang mengikut undang-undang sivil menerusi polisi seperti GEG ini, negara kita akan menjadi negara Islam yang dihormati di dunia,”

“Jika Kerajaan melaksanakan GEG bagi arak, judi, kelab malam dan sebagainya, saya yakin ramai rakyat Malaysia akan menyokongnya tidak kira bangsa dan agama,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: