NGO

Jihad NAFAS, 7 Perkara Perlu Diberi Perhatian – MTEM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 27 Mei 2022 – MTEM telah menggariskan tujuh perkara mengikut prioriti keadaan semasa yang perlu diberi perhatian sebagai kunci kejayaan kepada Jihad Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dalam memerangi orang tengah dalam krisis kekurangan kos bekalan ayam dan makanan negara.

Demikian antara kenyataan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Abdul Halim Husin yang mencadangkan tujuh perkara yang berteraskan strategi yang betul, modul-modul yang berimpak tinggi serta objektif-objektif yang jelas kepada Kerajaan.

Tujuh cadangan tersebut adalah, pertamanya mengusulkan supaya Kerajaan menyegerakan penubuhan Lembaga Unggas Negara dan keduanya memperkasakan fungsi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Ketiga, MTEM menyarankan supaya subsidi Kerajaan perlulah bersasar iaitu pada kos input makanan dan pada masa yang sama, menguatkuasakan Akta Pencatutan dan Akta Persaingan dengan lebih tegas sebagai bukti kesungguhan Kerajaan dalam menangani isu ini.

“Strategi MAFI yang holistik dan mesra petani skala besar dan kecil mestilah menuju ke arah 100% tahap sara diri (SSL) sebagai objektif, baik untuk makanan seperti ayam atau input pertanian atau input penghasilan makanan yang sebenar, pada harga yang selari dengan kos sara hidup rakyat. Pelan tindakan perlu disegerakan “semalam”,” jelas Abdul Halim Husin menerangkan langkah kelima.

Selain itu, beliau juga meminta Kerajaan memperakui dan seterusnya membanteras isu rasuah dalam rantaian bekalan.

Yang terakhir, MTEM juga menyentuh isu gaji rakyat yang masih rendah dan Kerajaan diminta untuk tidak menafikan perkara tersebut.

MTEM secara dasarnya menyokong penuh ketetapan Kabinet yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam menangani isu kekurangan atau kos bekalan ayam dan makanan negara, ujar Abdul Halim Husin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: