Anak Seni

Ayam Bukan Sekadar Isu Makanan, Tetapi Isu Makanan Halal Dan Bersih Umat Islam – Jalil Hamid [Bhg Akhir]

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Jun 2022 – “Soal ayam ini bukan soal main-main, nak sakitkan manusia ada orang boleh mengupah jin untuk patuh arahannya dengan hanya memberi upah jin makan ayam, dengan ayam sahaja apa pun boleh diubah,” kata Jalil Hamid yang turut merasa terpanggil untuk menyatakan kebimbangan beliau terhadap isu ayam yang melanda negara hari ini.

“Cuba kita fikir sama-sama, kenapa orang lelaki boleh bersifat perempuan macam di Malaysia sekarang, saya kira sudah tentu ada kaitannya dengan pemakanan ayam bulat yang dicucuk ini?” tegasnya.

Menurutnya, isu ini bukan baru, ia sudah berlaku sejak lama dahulu, mereka sudah lama merancang kita sahaja yang lalai.

Baca: Mengapa Tiada Melayu Dalam Penguasaan Pasaran Ayam? – Jalil Hamid [Bhg. 2]

Baca: Satu Kebodohan Biarkan Kartel Dan Integrator Memonopoli Bisnes Ayam – Jalil Hamid [Bhg. 1]

Jelas beliau, masalah sebenarnya kecil sahaja dan penyelesaiannya pun mudah saja, cuma Kerajaan tidak mahu membantu bersungguh-sungguh pengusaha ayam Melayu Bumiputera.

“Sebab itulah susah nak cari player ayam Melayu di Malaysia walhal industri ini memberi pulangan berbilion ringgit setiap tahun.”

Jalil Hamid berkata, sudahlah kita yang menjadi pemakan utama, apa salahnya kita yang menjadi penternak utama juga.

“Mengapa nak beri pada bangsa lain, yang sudah tentulah kebersihan dan status halalnya akan terus diragukan.”

Bagaimanapun, Jalil Hamid berharap, Insya Allah, sama-sama kita doa agar Kerajaan dapat melihat isu ayam ini sebagai sesuatu yang lebih serius dan sedar kepentingan membantu pengusaha ayam Muslim terutamanya untuk memonopoli penternakan terbesar ayam di Malaysia suatu hari nanti.

“Mungkin ambil masa sedikit tetapi biarlah ada usaha ke arah itu jangan tiada langsung.”

Harapan saya, semoga satu hari nanti akan ada player Melayu boleh bersaing dengan mereka yang sedang menguasai negara kita dari semua sudut ini,” ujarnya mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: