Antarabangsa

Pelampau Hindu Tuntut Sembah Dewa Dalam Masjid, Jemaah Rayu Di Mahkamah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

VARANASI, 31 Mei 2022 – Jemaah Masjid Gyanvapi menerusi Anjuman Intezamia Masjid (AIM) membuat rayuan di mahkamah bagi menghalang niat sekumpulan wanita Hindu yang membuat tuntutan untuk menyembah Dewa mereka di dalam masjid bersejarah itu.

“Pada perbicaraan 26 Mei ini, pihak kami telah memberi keterangan bagaimana dakwaan dan tuntutan wanita-wanita plaintif itu tidak boleh dibenarkan memandangkan mereka tidak mengemukakan sebarang bukti yang menyokong petisyen mereka sedangkan dakwaan-dakwaan dalam beberapa perenggan petisyen mereka adalah saling bercanggah antara satu sama lain,” kata peguam AIM Abhay Nath Yadav.

Pada 18 Ogos 2022, lima orang wanita Hindu – Rakhi Singh, Laxmi Devi, Sita Sahu, Manju Vyas dan Rekha Pathak telah membuat petisyen memohon kebenaran mahkamah untuk membuat upacara ritual Hindu di masjid berusia 353 tahun itu kerana menurut mereka, itu adalah tapak lokasi sebuah kuil yang kononnya wujud sebelum pembinaan masjid itu.

BACA: Sami Hindu Ikrar Culik Dan Rogol Muslimah Depan Masjid

BACA: “Sejak Saya Jadi Ahli Dewan Perundangan, Umat Islam Sudah Berhenti Pakai Kopiah” – Raghvendra Pratap Singh

BACA: ADUN India Gelar Muslim “Anak Haram”

Pasukan wanita yang disokong kuat oleh kumpulan Hindu berpengaruh yang mempunyai kaitan kuat dengan kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi itu berkata, mereka berazam untuk mendapatkan hak yang diberikan undang-undang bagi para penganut Hindu untuk menyembah dewa mereka dalam masjid itu.

Peguam, Hari Shankar Jain yang mewakili wanita-wanita itu memberitahu mahkamah bahawa pasukan penyelidik telah menjumpai beberapa tinggalan Dewa Shiva dan beberapa simbol Hindu yang lain di masjid itu.

Dakwaan penemuan yang penuh kontroversi itu, mahkamah membuat keputusan untuk menutup masjid itu dan mengharamkan umat Islam untuk mendirikan solat berjemaah di dalamnya.

Beberapa hari yang lalu, Kiran Singh, Setiausaha Agung Vishwa Vedic Sanatan Sangh merangkap isteri kepada presiden NGO itu juga telah mengemukakan petisyen di mahkamah untuk meminta pengharaman kemasukan umat Islam di dalam masjid itu, penyerahan Masjid Gyanvapi kepada persatuan agama Hindu itu, dan kebenaran untuk mengadakan ritual penyembahan Hindu di dalamnya.

Mahkamah bersetuju untuk mendengar permohonan Kiran Singh – kebenaran untuk mengadakan ritual penyembahan Hindu di dalamnya – pada tarikh 25 Mei 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: