CAP Sokong Hapus Kompaun Kesalahan Lalu Lintas Sepanjang Tahun
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
GEORGETOWN, 25 Januari 2023 – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyokong langkah Kementerian Pengangkutan menghapuskan tujuh kompaun kesalahan lalu lintas bukan sahaja semasa perayaan bahkan dilaksanakan sepanjang tahun.
Lapor portal tempatan, Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, “Dengan pelaksanaan ini mereka yang didapati melanggar undang-undang jalan raya tidak akan ditawarkan denda tetapi akan dirujuk terus ke mahkamah.”
BACA JUGA: Pertimbang Pendekkan Tempoh Pakej Haji – SU Persatuan Ulama Malaysia
BACA JUGA: Program PrEP, Pihak Berkuasa Agama Tiada Hak Tegur – Boo Su-Lyn
BACA JUGA: Tempelak Menteri Kritik Filem ‘Pulau’, Women Aid Organisation Disanggah
Pihaknya juga berharap pelaksanaan ini menjadi langkah berkesan kepada pelanggaran jalan raya di Malaysia dan mengurangkan jumlah kemalangan serta kematian.
Oleh kerana kadar kematian pengguna jalan raya di negara ini amat membimbangkan, beliau menegaskan bahawa Kerajaan harus bertindak pantas tanpa sebarang kompromi.
“Kerajaan juga perlu segera menubuhkan suruhanjaya siasatan untuk menyiasat punca sebenar peningkatan jumlah kemalangan jalan raya dan kematian di jalan raya setiap hari.”
“Banyak faktor telah dikenal pasti sebagai kemungkinan penyebab kepada senario yang amat menyedihkan ini iaitu yang paling biasa adalah pemandu itu sendiri yang memandu secara melulu,” katanya.
Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyenaraikan tujuh kesalahan utama lalu lintas yang tidak dibenarkan kompaun.
Kesalahan itu termasuk tidak mematuhi isyarat lampu merah; memotong barisan; memotong di garisan berkembar; memandu melebihi had laju; menggunakan telefon bimbit semasa memandu; tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.