Tempatan

Rakyat Malaysia Tiada Akses Kepada Laporan Kesan Sampingan Booster – CAP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 25 Januari 2022 – “Pada masa kini rakyat Malaysia boleh melaporkan kesan sampingan kepada pihak berkuasa tetapi tiada akses awam kepada laporan seperti itu.”

Demikian luahan Presiden Consumers Association of Penang (CAP) Mohideen Abdul Kader mengenai perkara ini selepas membandingkan dengan negara-negara luar, di mana orang awam boleh melaporkan kesan sampingan sekaligus boleh mengakses laporan kesan sampingan tersebut.

Contohnya, di Amerika Syarikat ada VAERS dan di United Kingdom ada skim Yellow Card yang mana bertujuan untuk menyediakan amaran awal bahawa keselamatan produk itu mungkin memerlukan siasatan lanjut, kata Mohideen Abdul Kader.

“Skim itu bergantung kepada laporan secara sukarela insiden kesan sampingan yang disyaki oleh profesional penjagaan kesihatan dan orang ramai iaitu pesakit, pengguna atau penjaga.”

Tambah beliau, dengan membenarkan orang awam mengakses laporan tersebut membolehkan pengesanan sebarang kesan sampingan yang jarang berlaku atau mungkin muncul sekali daripada berjuta orang yang divaksinasi dapat dikenalpasti.

Dengan maklumat terbaharu mengenai keselamatan setiap vaksin, termasuk bilangan kes kesan sampingan yang disyaki diberikan dalam kemas kini keselamatan vaksin bulanan, ini memudahkan diakses oleh orang ramai secara dalam talian sahaja.

Kesan jangka panjang ini perlu diambil perhatian dengan serius dan perlukan tindakan awal kerana berkemungkinan akan mengambil masa bertahun untuk membongkarnya, ujar Mohideen Abdul Kader.

Justeru, pihak berkuasa kesihatan mestilah mengambilkira kesan sampingan ini dengan serius, menyiasatnya dan melakukan autopsi ke atas mereka yang meninggal dunia daripada kesan sampingan yang disyaki untuk mencari punca sebenar kematian, tegas Mohideen Abdul Kader.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin baru-baru ini, mendedahkan di laman Instagram beliau bahawa ayahnya menderita strok sekali lagi di bahagian sensitif di kepala selepas beberapa hari menerima dos ketiga vaksin Covid-19.

Beliau juga menukilkan sebuah kisah menyayat hati mengenai anak sahabatnya yang sebelum itu sihat tetapi meninggal dunia secara mengejut selepas menerima suntikan dos ketika vaksin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: