Anak Seni

Mengapa Tiada Melayu Dalam Penguasaan Pasaran Ayam? – Jalil Hamid [Bhg. 2]

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Jun 2022 – Persoalannya, mengapa tiada Melayu dalam penguasaan pasaran ayam ini? Jawapannya, sudah tentulah disebabkan modal yang diperlukan adalah sangat-sangat besar.

Jalil Hamid berkata, mereka ini perlu ada reban untuk bapa ayam, ibu ayam, atuk ayam, nenek ayam sebab nak hasilkan anak ayam dan mereka kena ada hatchery untuk keluarkan anak ayam.

“Selain itu, mereka juga perlu ada kilang dedak yang mana kosnya mencecah puluhan juta ringgit.”

Ujarnya, maka sudah semestinyalah, mereka perlu ada modal kuat untuk beri hutang kepada penternak ayam yang nak kena tanggung kos anak ayam dan dedak ayam sehingga boleh beli semula semua ayam-ayam tersebut.

Baca: Satu Kebodohan Biarkan Kartel Dan Integrator Memonopoli Bisnes Ayam – Jalil Hamid [Bhg. 1]

“Bayangkan, semata-mata nak tampung kos anak ayam dan dedak saja mereka perlukan sekurang-kurangnya RM120 juta.”

“Sebab itu kalau kita lihat di Malaysia, mereka inilah yang “Control” volume ayam kerana mereka ini memang betul-betul kaya tak ingat dunia,” katanya.

Beliau berkata, dari segi bisnes, mereka memang kalau boleh tak mahu ada _player _baru ramai-ramai kerana akan menyusahkan mereka untuk berpakat tentang harga ayam dan sebolehnya mereka akan pastikan penternak baru tak boleh bertahan terutamanya penternak Bumiputera.

Walhal, kitalah pemakan ayam yang paling ramai. Bodoh tak bunyinya?

Jelas beliau lagi, permainan tauke besar ini mudah saja, bila harga ayam turun mereka beli dan simpan di dalam cool room, kemudian bila harga dah naik keluarkan.

“Dalam erti kata lain, harga naik untung, harga turun pun untung.”

Menurutnya, cuma apa yang berlaku hari ini ialah disebabkan kerugian mereka berjuta-juta ketika musim PKP dari dua tahun lepas.

“Jadi, sejak pertengahan tahun lepas semua mereka berpakat untuk kurangkan kemasukan anak ayam di reban untuk control output ayam. Bila ayam kurang, harga akan meningkat. Bila harga naik, baru mereka boleh untung.”

“Setelah rugi banyak, mereka berusaha untuk cover balik lost mereka,” ujarnya.

Menurut penyanyi, pelawak dan pelakon veteran itu lagi, selain itu salah satu kesannya juga adalah disebabkan oleh Kerajaan yang mengugut penternak konon nak import ayam 200 kontena dari luar negara.

Maka, ketika itu, seluruh persatuan pengusaha Cina pun apa lagi berpakat kurangkan lagi kemasukan anak ayam ke ladang sebab tak mahu bertembung dengan 200 kontena ayam dari luar negara.

Sekali, Kerajaan kata tak boleh nak import sebab harga import lagi mahal sedangkan pengusaha dah kurangkan kemasukan anak ayam, Kerajaan pula tak jadi nak import ayam.

Akhirnya, pada awal tahun 2022 ini berlakulah krisis yang sangat teruk. Ayam tak ada stok di Malaysia.

“Semuanya sebab “kebijakan” menteri di Malaysia buat pengumuman tanpa kaji dulu kesannya,” ujar beliau.

Terbaru, sekarang dengarnya kerajaan nak bagi NAFAS pula jadi pengeluar utama ayam di Malaysia. Persoalannya, bolehkah NAFAS uruskan perihal ayam ini melainkan terpaksa berdepan dengan kartel-kartel dan taikun-taikun ayam ini?

Nantikan sambungan Bahagian Akhir isu ayam bersama Jalil Hamid esok bertajuk [‘Ayam Bukan Sekadar Isu Makanan, Tetapi Isu Makanan Halal Dan Bersih Umat Islam – Jalil Hamid [Bhg Akhir]’ di samudera.my 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: