Tempatan

Batal Lesen Kelab Komedi, Karpal Singh & Co. Beri Datuk Bandar KL 48 Jam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2022 – Peguam, pengasas bersama Crackhouse Comedy Club, Ramkarpal Singh menegaskan akan memfailkan semakan kehakiman ke atas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah sekiranya gagal beri penjelasan mengenai pembatalan lesen perniagaan kelab komedi Crackhouse.

Berikutan itu, peguam dari Karpal Singh and Co. itu memberi tempoh 48 jam kepada Datuk Seri Mahadi untuk menjelaskan mengenai pembatalan lesen perniagaan kelab komedi Crackhouse dan membuatkan pemilik-pemiliknya tidak dapat mendaftarkan perniagaan lain akibat disenarai hitamkan.

Menurut sebuah portal tempatan, surat tuntutan kepada Datuk Bandar itu menyatakan bahawa peguam dari tetuan Karpal Singh and Co akan mengambil tindakan sekiranya perkara yang dilaporkan media massa mengenai pembatalan lesen dan pemilik-pemilik kelab komedi itu disenarai hitam selama-lamanya daripada mendaftar sebarang perniagaan.

“Sekiranya perkara-perkara seperti yang dilaporkan di media massa secara luas yang dinyatakan adalah benar, maka hak kehidupan anak guam-anak guam kami yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan terjejas dengan serius.”

Kata Ramkarpal Singh, pemilik tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai pembatalan lesen kelab dan penyenaraian hitam itu.

Tambahnya lagi, mereka juga tidak pernah didapati bersalah atas sebarang kesalahan yang mewajarkan keputusan DBKL itu.

“Keputusan DBKL sebagai “tidak munasabah” dan “tidak rasional”,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: