NGO

Siasat Siapa Dalang Di Belakang Penghinaan Terhadap Islam Ini – Ketua Wanita PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Sekali lagi kita sebagai rakyat di negara Islam Malaysia ini dikejutkan dengan perlakuan menghina Islam oleh wanita bernama Siti Nuramira Abdullah berasal dari Kuala Kangsar ini. Sehingga nota ini ditulis beliau telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina Islam, sementara pemilik Crackhouse Comedy Club (CCC) Rizal Ven Geyzel juga telah ditahan oleh pihak polis semalam.

Kita percaya sebagai seorang anak bangsa Melayu yang sihat dan berakal, perlakuan menghina Islam yang dilakukan oleh beliau itu tidak mungkin berani dilakukannya tanpa sokongan pihak-pihak tertentu.

Pihak berkuasa polis diseru supaya menyiasat lebih jauh dan lebih luas kerana keberanian yang sebegini terang ini, tidak mungkin wujud di sini sahaja dan akan berakhir di sini sahaja.

Kita percaya perlakuan provokasi hina agama ini adalah bersiri dan akan lahir lagi selepas ini dalam versi lain pula. Kita juga percaya, ini hanyalah satu puncak kecil bongkah ais yang besar yang sedang terlindung yang membawa kepada penguasaan yang lebih bahaya kepada negara.

Pihak berkuasa juga diminta supaya menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang unsur tajaan, penggunaan, penghasutan terhadap anak-anak muda yang kecewa dalam hidup atau anak muda yang cerdik di universiti untuk disesatkan dengan ajaran agama lain, liberalisme mahupun LGBT atau lain-lain unsur tidak berakhlak dan mungkin berniat jahat.

Kita juga menyeru semua pihak, termasuk ibu bapa mengawal perlakuan anak- anak kita, dan mengawal selia urusan tauhid dan amalan agama anak-anak.

Sekiranya ibu bapa tidak tegas, penguatkuasaan lemah, dan kita tidak bendung pekara penghinaan terhadap agama dari awal-awal lagi, kita takut negara sedang berada dalam busut anai-anai – menunggu masa untuk runtuh. Semoga kita tidak terlambat.

Puan Seri Fatini Yaacob
Ketua Wanita
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) merangkap

Pengerusi Eksekutif Yayasan Kasih Tauhid

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my*

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: