Tempatan

Protes #KerajaanGagal Bertukar Jadi Kempen Besar-Besaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 19 Ogos 2022 – Protes #KerajaanGagal yang dirancang esok bertukar menjadi sebuah acara untuk melancarkan kempen bagi menunjukkan kegagalan Kerajaan dalam mentadbir negara.

“Mengambil semangat musyawarah bersama rakan-rakan aktivis yang menggerakkan himpunan #KerajaanGagal, pihak sekretariat bersetuju mengambil pendekatan baharu dengan melancarkan kempen besar-besaran terhadap kegagalan pemerintah,” kata penganjur perhimpunan tersebut.

Acara pelancaran yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada jam 3 petang esok juga akan mengumumkan beberapa siri aktiviti yang menjadi sebahagian daripada kempen besar-besaran berkenaan.

Katanya, kempen #KerajaanGagal itu adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dakwaan kegagalan pihak Kerajaan dalam mentadbir hal ehwal negara termasuk kenaikan harga barang.

Hashtag #KerajaanGagal mula membanjiri Twitter dan menjadi perhatian warga maya sejurus Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri pada Mac 2020.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: