Tempatan

Kelab Lawak Disenarai Hitam Terpalit Skandal Hina Islam, Rujuk Kes Ke Mahkamah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 05 Januari 2023 – Kelab Komedi Crackhouse yang pernah viral dengan skandal kontroversi yang dikatakan telah menghina agama Islam dan menyentuh sensitiviti kaum terkini telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan tindakan DBKL terhadap mereka.

Hal itu adalah bagi membatalkan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengenakan tindakan dengan membatalkan lesen operasi serta telah menyenaraihitamkan syarikat mereka dari mendaftar sebarang perniagaan di bandar tersebut pada 30 Julai tahun lalu.

Berdasarkan laporan media, pemilik bersama kelab tersebut, Mohammad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R Santhiram mendakwa, keputusan yang dibuat itu tidak rasional dan menjejaskan kehidupan mereka.

Mereka yang disenaraikan sebagai responden dalam kes ini yang melibatkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mahadi Che Ngah, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Jalaluddin Alias, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kerajaan.

BACA JUGA: Hapus Atau Kurangkan Pencen Puluhan Ribu Bekas Jemaah Menteri Tidak Munasabah

BACA JUGA: Pemilik Crackhouse Comedy Mengaku Tidak Bersalah Pertuduhan Mahkamah

BACA JUGA: PEMBELA Desak Siasat Dana 3 Kementerian Untuk Crackhouse Comedy

Permohonan mereka dikatakan akan didengar pada 26 Januari ini oleh Hakim, Amarjeet Singh bagi memulakan semakan kehakiman.

Samudera.my sebelum ini melaporkan kenyataan Rizal yang mengaku tidak bersalah di atas tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak di Mahkamah Sesyen Jenayah Siber Kuala Lumpur.

Tertuduh ditahan berhubung tiga video beliau yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum Melayu dan agama Islam. Tindakan beliau itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi yang beragama Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: