Tempatan

Keputusan Representasi Kedua Pengasas Crackhouse Comedy Club 31 Mei Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 April 2023 – Tarikh 31 Mei depan ditetapkan bagi keputusan representasi kedua melibatkan pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club untuk menggugurkan tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum dalam aplikasi media sosial yang dihadapinya.

BACA JUGA : Pahang Setuju Beri Bantuan Raya Untuk Imam, Bilal Dan Siak Masjid

BACA JUGA : Permohonan Peguam MAIPs Mohon Hakim Kes Loh Siew Hong Undur Diri Didengar 19 April

BACA JUGA : 5.76 Tan Metrik Sisa Meningkat Dalam Bulan Ramadan

Memetik laporan berita tempatan, Hakim N Priscilla menetapkan perbicaraan kes berkenaan diteruskan pada 1 dan 2 Jun sekiranya Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi tersebut.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Noor Aslinda Che Seman, sewaktu prosiding, surat representasi kedua itu telah diterima pada Khamis dan pihak pendakwaan memohon tempoh sebulan bagi ia dibawa ke pihak atasan.

Katanya, dokumen tambahan pula akan diserahkan pada tarikh lain susulan pegawai penyiasat yang tidak dapat hadir disebabkan isterinya mempunyai masalah kesihatan.

Dalam pada itu, peguam M Pravin pula berkata, maklumat tentang perkembangan baharu juga telah dimasukkan dalam representasi kedua itu.

“Pihak kami juga akan mengemukakan permohonan untuk mendapatkan sementara passport anak guam bagi membolehkannya menunaikan umrah pada 15 hingga 30 Mei depan,” ujarnya.

Terdahulu, pemilik kelab ini ditahan berhubung tiga videonya yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum Melayu dan agama Islam.

Tindakannya itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya mereka yang beragama Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: