Tempatan

Ambil Tindakan Tegas Ke Atas Crackhouse Comedy Club – S. Gobi Krishnan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Julai 2022 – Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Nasional Parti Bersatu, S. Gobi Krishnan, telah menyatakan bahawas tindakan tegas perlu dikenakan ke atas Crackhouse Comedy Club, sebuah kelab komedi yang baru-baru ini tular dengan dakwaan terlibat dalam penghinaan terhadap Islam.

Menurutnya, laporan polis dibuat susulan sebuah video di laman Facebook memaparkan seorang lelaki yang dikatakan bernama Rizal, di mana lelaki tersebut didakwa telah berkata-kata menggunakan bahasa Tamil bagi menghina dan memperlekehkan kaum Melayu.

“Seorang lelaki Melayu bernama Rizal, mengikut sarikata video itu, yang bercakap dalam bahasa Tamil menghina kaum Melayu, memperlekehkan kaum Melayu sebagai tidak faham bahasa Inggeris. Dan kemudian mengejek keistimewaan Bumiputera,” jelasnya melalui sebuah hantaran di laman Facebook.

Tambah beliau lagi, penggunaan bahasa Tamil oleh lelaki tersebut mendorong respon balas di ruangan komen yang menganggap lelaki berkenaan adalah daripada bangsa India yang menghina kaum Melayu.

“Saya kira ini satu lagi kontroversi daripada Crackhouse Comedy Club,” tambahnya tegas.

Beliau kemudiannya mendesak supaya pihak berwajib mengambil tindakan ke atas kontroversi yang dicetuskan susulan video tersebut.

“Kali ini dia cuba pula melaga-lagakan di antara kaum. Cuba mewujudkan perasaan benci di antara kaum. Jadi saya meminta pihak polis dan pihak DBKL mengambil tindakan yang setegas-tegasnya,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: