Tempatan

Hina Islam: Mufti Pulau Pinang Sokong Kelab Komedi Ditutup

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 15 Julai 2022 – Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Mufti Pulau Pinang, telah menyokong penutupan sebuah ‘kelab komedi’ di ibu negara yang dikatakan telah terbabit dalam kekecohan “menghina Islam” baru-baru ini.

“…saya menyokong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak keras ke atas kelab tersebut memandangkan kesalahan yang dilakukannya amat berat dan boleh menjejas kestabilan negara,” berikut kenyataan beliau seperti yang dilaporkan Sinar.

Lapor Sinar, Mufti Pulau Pinang tersebut menyatakan bahawa pendirian awalnya adalah tidak terlalu tegas ke atas Restoran Crackhouse Comedy Club, kerana beliau menyangkakan bahawa peristiwa tersebut adalah sesuatu yang tidak disengajakan.

Namun, beliau menyatakan bahawa setelah mendapat tahu bahawa ia adalah sesuatu yang berlaku berulang-ulang kali, maka beliau bertegas dalam menyokong penutupan kelab tersebut.

“Kenyataan saya sebelum ini agak lembut terhadap kelab berkenaan kerana saya fikir apa yang terjadi mungkin tidak disengajakan. Tetapi setelah mengetahui kejadian ini telah berlaku berulang-ulang kali, maka ini boleh difahami ia sengaja dirancang untuk menghina agama Islam,” ujarnya.

Baru-baru ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan supaya operasi kelab tersebut dihentikan sementara susulan penularan dakwaan bahawa terdapat jenaka berunsur penghinaan terhadap Islam yang dilakukan di kelab tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: