Tempatan

Pemilik Crackhouse Comedy Mengaku Salah, Didenda RM8,000

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Julai 2023 – Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman denda RM8,000 terhadap pemilik Kelab Komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel atas kesalahan membuat hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum melalui aplikasi Facebook, tahun lepas.

Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Rizal, 40, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas beliau menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pertama pada sebutan bagi keputusan representasi.

BACA JUGA: Kerajaan Komited Lindungi Hutan

BACA JUGA: Tragedi Banjir Taman Sri Muda: MBSA & KDEB Gagal Batal Saman Penduduk

BACA JUGA: Perlis Pasang Solar, Kurangkan Pelepasan Karbon

Mahkamah turut memerintahkan Mohamad Rizal menjalani hukuman penjara empat bulan sekiranya beliau gagal membayar denda itu dan OKS membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Rizal didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Rizal Van Geyzel pada 4 Julai 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan.

Dua lagi pertuduhan membabitkan penghantaran komunikasi jelik di laman media sosial iaitu Instagram “rizalvangeyzel” dan TikTok “rizalvangeyzel” pada 5 dan 6 Julai 2022.

Peguam M Pravin yang mewakili Mohamad Rizal, memohon hukuman denda yang rendah atas alasan anak guamnya menanggung tiga anak termasuk seorang anak kurang upaya (OKU) dan menyesali perbuatannya setelah pulang dari mengerjakan umrah.

“OKS mempunyai bapa berusia 74 tahun menghidap penyakit jantung kronik selain perlu menanggung kos rawatan bapanya. Selepas kejadian ini, OKS telah hilang sumber pendapatan utamanya sebagai stand-up comedy (komediri) kerana banyak penganjur telah membatalkan penglibatan OKS dalam program mereka.”

“OKS kini telah bercerai dengan isterinya dan menjaga tiga anak masing-masing berusia lingkungan tiga tahun hingga 11 tahun. Dia telah menyesal dan bertaubat dengan kesalahan yang dilakukannya selain tiada niat menyakitkan hati orang lain,” kata peguam itu.

Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Noor Haslinda Che Seman memohon hukuman denda berat dan bersifat literal, mengambil kira kesalahan dilakukan OKS adalah serius sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat yang mengganggu keharmonian negara.

“Pengakuan salah OKS bukan bersifat automatik untuk dia mendapatkan hukuman rendah kerana hukuman yang dijatuhi mahkamah ini akan memberi pengajaran bukan sahaja kepada OKS tetapi kepada masyarakat umum supaya tidak melakukan kesalahan sama,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: