Tempatan

Ambil Anak Orang Asli Dari Jagaan Bapa, Mahkamah Arah Pegawai Tunjuk Sebab Khamis Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 30 Mei 2023 – Mahkamah Tinggi di Kuantan mengarahkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rompin untuk tunjuk sebab pada Khamis ini kerana mengambil seorang anak Orang Asli dari hak penjagaan sah bapanya.

Lapor berita tempatan, anggota daripada sekumpulan peguam yang mewakili bapa kepada kanak-kanak berkenaan, Gene Anand Vendargon mengesahkan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi di Kuantan telah mengeluarkan notis tunjuk sebab tersebut semalam.

Hakim Zainal Azman Abdul Aziz menuntut pegawai berkenaan untuk menjelaskan mengapa mereka mengambil kanak-kanak itu biarpun mengetahui bahawa pihak mahkamah telah membenarkan permohonan habeas corpus oleh bapanya pada Khamis baru-baru ini.

BACA JUGA: Denggi: KKM Laksana Pelepasan Nyamuk Aedes Wolbachia Seluruh Negara

BACA JUGA: El Nino Semakin Memburuk Di Malaysia

BACA JUGA: Krisis Gula Berakhir Jun Ini

Susulan itu, Mahkamah menetapkan Khamis ini untuk pegawai berkenaan hadir di hadapan hakim dan memberikan penjelasan.

Ibu kepada kanak-kanak tersebut juga turut diminta untuk hadir.

Kata Vendargon, pegawai JKM telah pergi ke rumah lelaki tersebut di penempatan Orang Asli Rompin pada Ahad lalu dan mengambil kanak-kanak tersebut dengan merujuk kepada peruntukan dalam Akta Kanak-Kanak.

Kata beliau, ibu kepada kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis mengatakan kanak-kanak tersebut telah didera.

Dalam perkembangan berasingan, semalam, media melaporkan bahawa Mahkamah Majistret Pekan menolak permohonan perintah hak jagaan sementara oleh JKM kepada kanak-kanak perempuan Orang Asli berusia sembilan tahun.

Permohonan hak penjagaan kepada Angelina Marion Rose A/P Roslan atau nama Islamnya, Nur Maisarah Abdullah ditolak berikutan pihak JKM tidak mematuhi kriteria Seksyen 17(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi satu minit 31 saat memaparkan seorang kanak-kanak bersama ibunya yang berpurdah sambil diperhatikan pegawai polis wanita selepas selesai prosiding mahkamah berkaitan hak jagaan.

Ia susulan daripada Mahkamah Tinggi Kuantan yang memerintahkan agar kanak-kanak berkenaan diserahkan kepada bapanya menerusi perintah habeas corpus pada 25 Mei lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: