Tempatan

Cuaca Tidak Menentu, JKM Bersiap Siaga Hadapi Bencana

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA – Dalam menghadapi sebarang kemungkinan berlaku bencana, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersiap siaga pada tahap optimum yang mana segala persiapan daripada segi logistik, bekalan keperluan dan pusat pemindahan sementara telah berada di tahap maksimum.

Ketua Pengarah JKM, Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, pihaknya dan pelbagai agensi terlibat dalam pengurusan bencana terus bersiap sedia dalam usaha mengurangkan risiko menerusi pelbagai pendekatan yang telah dirancang.

“Kesiapsiagaan kakitangan JKM berada pada tahap tertinggi memandangkan bencana masa kini boleh tiba pada bila-bila masa ditambah pula dengan keadaan cuaca yang semakin tidak menentu kebelakangan ini,” jelasnya.

Selain dipertanggungjawabkan untuk menyediakan pusat pemindahan sementara mangsa-mangsa terlibat, JKM juga berperanan menyediakan dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian serta lain-lain keperluan asas kepada mangsa.

“Menariknya, JKM turut membuat penambahbaikan dengan memperkenalkan makanan retort kepada mangsa dalam tempoh 24 jam pertama. Kaedah itu digunakan untuk mengatasi masalah kelewatan bekalan makanan dan ia bergantung kepada keputusan kerajaan negeri untuk pelaksanaannya.”

Tambahnya lagi, JKM telah mengenal pasti beberapa perancangan baharu termasuk memperkasa komuniti sebagai persiapan menghadapi bencana menerusi program simulasi dan kerjasama strategik.

Katanya, kepesatan teknologi maklumat turut menuntut jabatan bersedia melakukan perubahan terhadap pengurusan dan pengoperasian bencana.

“Sistem InfoBencana kendalian JKM telah melakukan beberapa transformasi agar kakitangan di lapangan dapat melakukan tugasan dengan cepat dan efisien.”

“Pengenalan pendaftaran mangsa secara cepat dapat memastikan maklumat dapat diselaras dengan baik, malah orang awam juga dapat mengakses maklumat untuk persediaan menghadapi bencana.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: