Tempatan

Mahkamah Kuantan Bakal Dengar Permohonan Batal Status Islam 137 Orang Asli

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 30 Mei 2023 – Mahkamah Tinggi Kuantan bakal mendengar permohonan pembatalan status Islam oleh 137 Orang Asli daripada suku Bateq Mayah.

Lapor berita tempatan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal hari ini membenarkan permohonan 137 plaintif berkenaan untuk memindahkan writ saman ke Mahkamah Sivil di Pahang.

Ia adalah susulan penukaran agama beramai-ramai melibatkan suku itu yang berlaku 30 tahun lalu didakwa menyalahi undang-undang.

Peguam yang mewakili 137 Orang Asli itu, Fahri Azzat turut mengesahkan bahawa permohonan bagi pemindahan itu dibenarkan, tanpa bantahan oleh defendan lain.

BACA JUGA: Denggi: KKM Laksana Pelepasan Nyamuk Aedes Wolbachia Seluruh Negara

BACA JUGA: El Nino Semakin Memburuk Di Malaysia

BACA JUGA: Krisis Gula Berakhir Jun Ini

Enam defendan dinamakan dalam tindakan sivil itu iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pengarah serta pegawainya, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP), Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Berita yang sama melaporkan, lima defendan telah memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan mahkamah atas beberapa sebab antaranya tindakan sivil difailkan 29 tahun selepas dakwaan penukaran agama secara besar-besaran.

Ia juga difailkan di luar masa mengikut Seksyen 2 Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 dan Seksyen 6 Akta Had 1953, katanya.

Manakala defendan lain iaitu MUIP memfailkan permohonan untuk mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah Sivil bagi mendengar kes berkenaan kerana isu tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Pahang.

Terdahulu, samudera.my melaporkan 137 Orang Asli daripada suku Bateq Mayah memohon untuk membatalkan status Islam mereka berikutan penukaran agama secara beramai-ramai yang didakwa menyalahi undang-undang.

Kumpulan Orang Asli tersebut memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September tahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: