Tempatan

Denggi: KKM Laksana Pelepasan Nyamuk Aedes Wolbachia Seluruh Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JASIN, 30 Mei 2023 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melepaskan nyamuk aedes berbakteria Wolbachia ke seluruh negara sebagai langkah mengawal wabak demam denggi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata nyamuk aedes Wolbachia ini merupakan inovasi dalam menangani peningkatan kes denggi.

“Bakteria Wolbachia yang disuntik ke dalam telur nyamuk Aedes akan merencatkan pertumbuhan virus denggi dalam nyamuk dan seterusnya menghalang penyebaran virus denggi,” jelas beliau.

Tambahnya, program itu dijalankan susulan kejayaan program perintis di 27 lokaliti yang terbukti dapat mengatasi peningkatan wabak berkenaan.

BACA JUGA: Krisis Gula Berakhir Jun Ini

BACA JUGA: Zionis Bawa 10,000 Buruh India Ganti Buruh Kasar Palestin

BACA JUGA: Kalimah Allah: Keharmonian Lebih Penting Daripada Tegakkan Hak – Mat Sabu

Beberapa lokaliti seperti Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Pulau Pinang menunjukkan sifar kes demam denggi selepas pelepasan dilakukan.

Dalam pada itu, Lukanisman berkata, orang ramai tidak perlu risau mengenai kaedah yang digunakan kerana ia telah disahkan selamat terhadap manusia dan alam sekitar oleh KKM dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sejak Mac 2022, sebanyak 300,000 ekor nyamuk telah dilepaskan di Taman Bemban Jaya, Melaka yang dipilih sebagai lokaliti pertama pelepasan.

“Sehingga kini iaitu bagi minggu epid ke-21 tiada kes demam denggi dilaporkan dari lokaliti ini. Ini menunjukkan hasil yang sangat positif dan kepadatan nyamuk Aedes berbakteria Wolbachia juga telah mencapai 80 peratus frekuensi seperti disasarkan KKM,” ujar beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: