NGO

Ibu Maisarah Lantik PPMM Bantu Kes Hak Penjagaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Malaya di Kuantan, Pahang pada 25.05.2023 berkenaan suatu perintah habeas corpus terhadap anak (Nur Maisarah binti Abdullah) atau Angelina Marion Rose a/p Roslan, Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah mengadakan perbincangan dengan pihak puan Aisyah Naadhirah pada 29.5.2023 dan bersedia menawarkan bantuan perundangan bagi membantu beliau dalam proses perundangan berkaitan.

PPMM komited dan bersedia membantu proses perundangan yang dihadapi oleh Puan Aisyah Naadhirah di Mahkamah-Mahkamah berkaitan melalui barisan peguam PPMM.

PPMM telah pun mengarahkan sebuah firma guaman bagi mengendalikan kes ini bagi pihak Puan Aisyah Naadhirah.

Sekian, terima kasih.

MUHAMAD HISHAM BIN MARZUKI

Presiden

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: