Antarabangsa

Sekumpulan Guru AS Mengaku Bantu Pelajar Pindah Gender Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 22 Jun 2023 – Sekumpulan guru daripada kawasan Midwest Amerika Syarikat mengakui bahawa mereka telah bertindak melanggar undang-undang dengan membantu para pelajar mereka menukar jantina.

Perkara tersebut telah dilaporkan oleh media Daily Mail pada Isnin lalu. Laporan yang sama juga melaporkan bahawa tindakan-tindakan jahat tersebut telah sengaja dibantu secara kewangan dari pentadbiran Presiden Joe Biden.

BACA JUGA: Gagal Bahasa Melayu Atau Sejarah, Lebih 33,000 Lepasan SPM Gagal Dapat Sijil

BACA JUGA: Rakyat Malaysia Tidak Mesra Pelarian, Dilihat Sebagai Beban Ekonomi & Jenayah

BACA JUGA: Kilang Haram Pun Kerajaan Negeri Selangor Boleh Beri Pertimbangan, Mengapa Bukan Sekolah Islam Persendirian? – Bekas Ahli Majlis MBSJ

Wartawan yang membuat pendedahan tentang agenda ini telah memperolehi akses terhadap sebuah persidangan dalam talian yang dianjurkan oleh Midwest and Plains Equity Assistance Center (MAP).

Persidangan yang dihadiri oleh sekitar 30 orang guru daripada 13 negeri itu bertujuan untuk membahaskan dan menangani rang undang-undang yang dibuat oleh Republikan berkenaan dengan penguatkuasaan bilik air bagi satu jantina, menghalang penyertaan pondan ke dalam sukan wanita.

Persidangan yang sama juga dianjurkan dengan tujuan untuk melawan undang-undang yang mewajibkan para guru untuk memaklumkan kepada para ibu bapa jika terdapat pelajar yang menganggap diri mereka dengan jantina lain di sekolah.

Para ibu bapa yang berhaluan konservatif telah bertindak menyaman sekolah tersebut kerana pihak sekolah telah merahsiakan identiti kanak-kanak yang beranggapan bahawa diri mereka itu celaru dentiti.

Ibu bapa turut menuntut supaya buku-buku yang mengandungi kandungan seksual yang sangat jelas agar dikeluarkan daripada kelas.

Pada tahun lalu, MAP telah mengumumkan bahawa pihak mereka telah menerima dana wang berjumlah $85 juta daripada kementerian pendidikan, serta tambahan dana sebanyak jutaan lagi daripada pelbagai sumber yang berbeza.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: