Pelajar Tidak Mahu Sambung Belajar Kerana Gaji Rendah
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 09 Ogos 2022 – Menurut laporan sebuah portal tempatan, kadar gaji kini yang rendah dan tidak berubah setelah sekian lama menjadi punca pelajar teragak-agak untuk menyambung pelajaran.
“Kita lihat bahawa gaji kita ini agak stagnant for the past many years di mana kos sara hidup pula akan meningkat,” tegas Datuk Dr Mohd Radzi bin Md Jidin, Menteri Pendidikan.
Beliau turut menjelaskan bahawa susulan dari gaji yang rendah tersebut, para pelajar akan menganggap pelajaran tidak dapat membantu meningkatkan pendapatan.
Terdahulu, samudera.my pernah melaporkan bahawa lebih kurang 72% rakyat Malaysia enggan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.