Tempatan

Kilang Haram Pun Kerajaan Negeri Selangor Boleh Beri Pertimbangan, Mengapa Bukan Sekolah Islam Persendirian? – Bekas Ahli Majlis MBSJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2023 – “Saya nak share tentang perkataan pemutihan. Ini yang menarik. Dulu masa saya di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), kita ada mempunyai masalah besar iaitu kilang haram. Selangor juara kepada kilang haram.”

“Isu kilang haram ini kepada MBSJ menjadi satu polemik yang besar. Tetapi apa yang peringkat Majlis buat? Melalui desakan-desakan ahli politik, ahli majlis dan pengusaha kilang, akhirnya kerajaan pihak Majlis dan Negeri memperuntukkan untuk membuat pemutihan,” kata Mohamad Rosharizan Mohd Rozlan, bekas ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

BACA JUGA: Simpan Barang Kawalan, KPDN Temerloh Rampas 37,774 Kilogram Minyak Masak

BACA JUGA: Jerantut Dipilih Sebagai Bandar Rendah Karbon Menjelang 2030

BACA JUGA: Kumpulan Gesa Kerajaan Tidak Letak Sebarang Syarat Untuk Kerakyatan Termasuk Anak Tidak Sah Taraf, Tiada Dokumen

Pemutihan ini apa maksudnya? Pemutihan ini maksudnya kita di peringkat PBT ini tak boleh sentuh mereka dalam tempoh pemutihan kerana dalam tempoh ini, mereka diberi masa untuk mengubah ataupun memindah premis serta di peringkat ini, pelaksana dasar seperti PBT boleh mengubah syarat kelulusan, kelonggaran dan lain-lain.

“Jadi bayangkan, kilang haram yang tidak mempunyai manfaat kepada masyarakat pun kerajaan Negeri boleh bagi consideration untuk buat pemutihan, inikan pula sekolah agama kita yang lahirkan anak-anak untuk membangun, sedar tentang Islam dan jadi manusia yang baik, mengapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melakukan sedemikian rupa?” ujar beliau lagi dalam satu sesi ‘Sidang Media NGO-NGO Islam Berkaitan Kebimbangan Lebih 20 Ribu Pelajar Terancam Akibat Hilang Tempat Pendidikan Di Negeri Selangor’, semalam.

Tegas Mohamad Rosharizan, sepatutnya, dalam hal melibatkan kelulusan lesen operasi Sekolah Islam Persendirian (SIP) ini, ia sepatutnya perlu dibuat dalam keadaan yang murni dan baik, bukan sebaliknya.

“Sepatutnya perlu dibuat dalam keadaan yang murni, yang baik, kerana ada di kalangan pengusaha-pengusaha sekolah ini yang dah lama, tadi ada 20 tahun, 30 tahun jalankan. Tapi bila tiba-tiba dasar diubah dan dibuat secara drastik tanpa makluman serta pelan penyelesaian, pihak SIP hanya tahu masa sekolah nak apply kebenaran merancang dan lebih rumit lagi ramai pengusaha yang tak faham urusan berkaitan PBT ni dan meraba-raba mencari penyelesaian.”

Atas sebab ini, beliau menekankan bahawa pihak SIP perlu memberi tekanan kepada PBT dan Exco Kerajaan Tempatan untuk meneliti isu ini dengan lebih terperinci.

“Kerana itu bagi saya, kita perlu memberi tekanan kepada PBT ataupun Exco Kerajaan Tempatan untuk melihat isu ini secara detail.”

‘Sidang Media NGO-NGO Islam Berkaitan Kebimbangan Lebih 20 Ribu Pelajar Terancam Akibat Hilang Tempat Pendidikan Di Negeri Selangor’ dianjurkan oleh UMMAH pada 21 Jun 2023 bertempat di Bilik Seminar di Shah Alam.

Sidang media ini dipengerusikan oleh Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa dengan barisan panel seperti peguam, Buzze Azam, Dr Nik Noor Azlida Datuk Husain dan Encik Fairul dari iGuru.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: