Tempatan

Pensyarah Pendidikan Cadang Waktu Sekolah Mula 8 Pagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

BANGI, 01 Februari 2023 – Seorang pensyarah di Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM mencadangkan supaya sistem persekolahan di semenanjung Malaysia bermula jam 8 pagi.

“Bagi meraikan konsep Malaysia Madani oleh YAB PM Dato Seri Anwar Ibrahim dan slogan YB Fadhlina Sidek “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera”, saya ingin mencadangkan supaya sistem persekolahan di semenanjung Malaysia bermula jam 8 pagi,” kata Dr Anuar Ahmad dalam Facebooknya.

Jelasnya, Kerajaan sepatutnya ada rasa belas kasihan dan empati pada keadaan guru-guru, ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal 4.30 pagi, jika sekolah di bandar terpaksa meredah kesesakan jalan raya seawal jam 6.00 pagi untuk ke sekolah.

BACA JUGA: Dana RM4 Bilion: Bersatu Dedah Penyata Akaun, Cabar PKR & DAP Buat Serupa

BACA JUGA: Tebaran Rumpun Bangsa Melayu Polinesia Sudah Menghampiri 400 Juta Orang

BACA JUGA: Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu: Titik Mula Negara

“Di sekolah pedalaman pula, dalam keadaan hari masih gelap, anak-anak kecil terpaksa meredah jalan becak dan berlumpur untuk ke sekolah. Ada anak-anak kecil yang terpaksa meredah denai belukar untuk ke sekolah. Ada anak-anak yang terpaksa berperahu ke sekolah. Malah ada murid-murid dan guru-guru yang tidak sempat bersarapan bersama keluarga. Terpaksa bergegas ke sekolah.”

Kata beliau lagi, jika Kerajaan prihatin dengan keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan rakyat, apa salahnya Kerajaan lakukan sesuatu yang betul untuk kebaikan rakyat dengan mulakan sesi persekolahan pada jam 8 pagi.

Tinjauan samudera.my di sosial media mendapati majoriti tidak bersetuju dengan cadangan ini.

“Jgn tuan..lg sesak jalan nnti…elok dh tu jam 7.30…ibu bapa hantar anak sblm kul 7.20 dan terus ke tmpt kerja sblm jam 8 pg..” kata Effy Haridth EH.

Seorang lagi pengguna media sosial Twitter, @MizzzzzzzzzG pula berkata, “It’s not going to change anything. It will make traffic jam lagi worse dgn yang Nak pergi kerja. Parents bangun awal and send awal pun sebab mereka kena masuk kerja. Taknak stuck in jam. Identify the root cause. Make public transportation more accessible.”

@Ozel29756567 juga dilihat senada dengan suara majoriti yang membangkang waktu persekolahan dimulakan pada jam 8 pagi.

“Sy tk setuju klu cdg kul 8..lgi myusahkn ibubpa yg bkerja..aku benggang bila anak2 pulg sklh.sbbnya kita yg bkerja kejar http://masa.ni kena tahan2 lgi anak2 lewat kluar.cikgu2 tlg la fhm.esok pun ke sklh jg,bole ja sambung esokny.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: