Antarabangsa

Ajar Kanak-Kanak Tukar Jantina, Satu Jenayah Kemanusiaan – Presiden Rusia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

MOSCOW, 06 Januari 2022 – Presiden Rusia Vladimir Putin menegaskan bahawa beliau tetap menjunjung nilai tradisional Rusia dalam perbezaan jantina.

“Saya menjunjung pendekatan tradisi, wanita adalah wanita, lelaki adalah lelaki, seorang ibu adalah seorang ibu dan seorang ayah adalah seorang ayah.”

Kenyataan ini bagi menjawab pertanyaan daripada seorang wartawan mengenai “cancel culture“, penolakan terhadap konsep-konsep kebiasaan seperti “ibu”, “ayah”, “keluarga” dan “gender”.

Ujarnya lagi, jika seseorang itu berpendapat lelaki dan perempuan itu adalah sama, biarkanlah dia.

Namun, Presiden negara terbesar di dunia itu menegaskan, seharusnya perlu ada common sense dalam semua perkara.

Putin kemudiannya memberi contoh kejadian yang berlaku apabila seseorang mendakwa dirinya sebagai seorang wanita.

“Saya rasa di US, jika saya salah, jangan rasa jengkel – seorang banduan yang disabitkan kesalahan merogol meminta untuk dipindahkan ke penjara wanita. Ini selepas dia mengiktiraf dirinya sebagai seorang wanita. Selepas dipindahkan, banduan tersebut bertindak merogol banduan yang berada dalam kurungan yang sama dengannya.”

Tambah beliau, begitu juga dalam bidang sukan. Jika seseorang mendakwa dirinya sebagai wanita dan kemudiannya bertanding dalam acara sukan wanita, ia akan menyebabkan acara sukan wanita terhapus buat selamanya.

Putin menyifatkan pegangan lelaki boleh menjadi wanita dan sebaliknya sebagai satu nilai yang tidak jujur.

Justeru beliau berharap agar rakyat Rusia mempunyai perlindungan yang kukuh daripada nilai ini.

“Saya berharap masyarakat kita mempunyai perlindungan moral berlandaskan kepercayaan-kepercayaan tradisi masyarakat Rusia.”

“Semua rakyat Persekutuan Rusia – saya mahu tegaskan sekali lagi, “semua rakyat agar mempunyai perlindungan moral dalaman tertentu terhadap nilai tidak jujur seperti yang anda nyatakan.”

Ujar beliau, biarkanlah mereka di luar sana lakukan apa sahaja yang mereka mahukan.

“Kita mesti mengambil yang paling progresif dan paling terbaik yang membantu pembangunan kita dan yang membantu kita menjadi ketua dalam bidang teknologi, ekonomi dan kemanusiaan,” kata Putin.

Putin sebelum ini mengkritik dengan lantang dunia Barat yang mengajar anak-anak kecil mereka untuk mengubah jantina mengikut kehendak mereka.

“Ia adalah peristiwa paling mengerikan apabila kanak-kanak diajar sejak kecil bahawa lelaki boleh mengubah jantina kepada perempuan dengan begitu mudah.”

“Perkara ini merupakan satu jenayah kemanusiaan yang berselindung di sebalik nama dan warna bendera pelangi yang menjadi simbolik gerakan LGBT di seluruh dunia,” tegas Putin.

Leave a Reply

Back to top button