Antarabangsa

Pamer Gambar Lelaki Hamil Di Tadika, Guru Letak Jawatan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED STATES, 02 Jun 2022 – Seorang guru prasekolah Sekolah Rendah Ballentine di Fuquay-Varina telah meletak jawatannya susulan daripada tindak balas negatif terhadap cara pendidikan beliau yang menggunakan kad imbas bertemakan LGBTQ yang memaparkan imej seorang lelaki hamil pada kad imbas tersebut, lapor Daily Mail.

Menurut Lisa Luten yang merupakan seorang jurucakap daerah, guru itu telah meninggalkan kariernya sebagai seorang pendidik pada Jumaat lalu.

Hal ini menjadi perhatian ramai apabila konstituen Perwakilan Negeri, Erin Pare menghubungi Republikan mengenai kad imbas berkenaan. Beliau juga turut menghubungi pengetua sekolah berkenaan bagi mendapatkan maklumat sama ada beliau sedar tentang keputusan guru tersebut mempamerkan hubungan LGBTQ dan Pride Flag untuk mengajar kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun tentang warna.

Pare meluahkan rasa bersyukur kerana isu ini telah ditangani secara pantas dan profesional oleh Sekolah Rendah Ballentine.

“Sekolah sepatutnya hanya menggunakan bahan yang sesuai dengan umur, dan kad imbasan ini jelas tidak memenuhi standard itu untuk bilik darjah prasekolah.”

Berdasarkan laporan yang sama, kad tersebut disediakan oleh sebuah syarikat yang kini tidak lagi wujud iaitu ByUs Box, yang turut membuat set kad imbas yang mempamerkan haiwan bukan binari dan transgender, sajak nurseri neutral jantina dan ‘Koleksi Blackness.’

Syarikat itu ditubuhkan oleh dua orang wanita yang memaklumkan bahawa mereka mendapat ilham dari kes pembunuhan George Floyd.

Walaupun beberapa orang ibu bapa dan pengkritik di laman sosial mendesak guru tersebut dipecat, tetapi masih ada seorang pelajar-ibu bapa dari kelas berkeperluan khas yang menyokong tindakan guru tersebut.

Leave a Reply

Back to top button