Tempatan

eBeliaRahmah RM200 Daftar Isnin Ini, Guna Sampai 31 Ogos

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2023 – Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 program eBeliaRahmah mulai 8 pagi pada Isnin, 26 Jun 2023 ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media memaklumkan, tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023.

Manakala kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat pula boleh dibelanjakan secara “offline” sehingga 31 Ogos 2023.

BACA JUGA: Simpan Barang Kawalan, KPDN Temerloh Rampas 37,774 Kilogram Minyak Masak

BACA JUGA: Jerantut Dipilih Sebagai Bandar Rendah Karbon Menjelang 2030

BACA JUGA: Kumpulan Gesa Kerajaan Tidak Letak Sebarang Syarat Untuk Kerakyatan Termasuk Anak Tidak Sah Taraf, Tiada Dokumen

Tambah Kementerian, belia warganegara Malaysia yang layak boleh mula mendaftar untuk menerima RM200 dalam bentuk kredit e-tunai secara ‘one-off’ dengan salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

“Selain bantuan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai daripada Kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback) atau diskaun mata ganjaran (rewards points) sepanjang tempoh program ini.”

Selain itu, kredit RM200 ini juga boleh dimanfaatkan di peruncit/peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang terlibat dalam program ini, tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan.

“Untuk maklumat lanjut mengenai eBeliaRahmah, layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/ebeliarahmah.html” kata Kementerian Kewangan lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: