Tempatan

Dakwaan Guru Lelaki Gigit Bibir Murid, KPM Jalankan Siasatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 11 Julai 2023 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilaporkan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian seorang murid lelaki yang didakwa digigit oleh seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Kelantan.

“KPM sudah mengenal pasti hantaran yang dimuat naik (di Facebook) mendakwa kejadian itu, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dan KPM memandang serius perkara ini dan dalam masa sama kami menjalankan siasatan lanjut.”

BACA JUGA: Lagi Insiden Bakar & Campak Al-Quran, Kali Ini Di Jerman

BACA JUGA: Dua Lelaki Maut Dihanyut Arus Deras Ketika Mencari Kepah

BACA JUGA: Tukar Tanah Wakaf Jadi TRM Bertentangan Dengan Perlembagaan – Datuk Seri Hishamuddin

“Jika ada kes seperti itu tindakan sewajarnya tentu akan diambil,” kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying menurut laporan sebuah portal tempatan.

Ujarnya, pihak KPM memandang serius dakwaan itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti berlaku.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan dari seorang wanita yang menyatakan anak lelakinya trauma dan terganggu emosi untuk pergi ke sekolah kerana sering digigit di bahagian bibir oleh seorang guru lelaki.

Dedah wanita itu lagi menerusi perkongsian di Facebook, beliau hanya akan menutup kes ini selepas guru lelaki tersebut dikenakan tindakan.

“Anak saya trauma teruk mental psikologi dia terjejas sangat sampai tak lalu makan. Dan sekarang masih takot untuk ke sekolah. Mengamuk menangis jangan cakap sampai dengan saya sekali trauma nak hadap benda ni.”

“Takkan mungkin saya akan biarkan Cikgu tersebut tanpa tindakan setimpal. Negara malaysia ada undang undang wak. Saya kena bela nasib anak saya dan anak murid lain tu tanggungjawab saya.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: