Guru Cabul Ketika Ajar Mandi Wajib
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BANDUNG, 20 Februari 2022 – “Modus operandi yang digunakan suspek untuk mencabul anak muridnya adalah dengan mengajar mereka cara mandi haid,” lapor jurucakap polis, Sumarni.
Beliau melaporkan bahawa kejadian yang berlaku di Desa Rancamulya sejak Januari 2022 sehingga 9 Februari lalu mendapati suspek telah berjaya mencabul enam orang muridnya yang berusia 11 hingga 19 tahun.
“Anak murid guru mengaji itu dilaporkan trauma dengan kejadian yang berlaku dan kini mereka menjalani rawatan psikologi.”
Perbuatan terkutuk guru berkenaan terbongkar apabila beberapa orang mangsa memaklumkan kepada ibu bapa mereka mengenai kejadian tersebut sebelum laporan polis dilakukan.
Suspek kini berada dalam tahanan polis dan jika disabitkan kesalahan, beliau akan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dan denda sejumlah RM1.5 juta (lima billion rupiah).