Tempatan

Rakyat Malaysia Tidak Mesra Pelarian, Dilihat Sebagai Beban Ekonomi & Jenayah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2023 – Tinjauan daripada firma penyelidikan pasaran antarabangsa, Ipsos mendapati bahawa rakyat Malaysia menolak kehadiran pelarian kerana ia dilihat sebagai beban kepada ekonomi serta kebimbangan terhadap peningkatan kadar jenayah, lapor sebuah portal berita tempatan berbahasa Inggeris.

Dalam laporan Ipsos bertajuk “Sikap global terhadap pelarian” yang dikeluarkan baru-baru ini menyatakan kira-kira 72 peratus responden rakyat Malaysia berkata bahawa Malaysia harus menolak pelarian sepenuhnya kerana mereka percaya kedatangan pelarian itu ke sini adalah atas dasar ekonomi dan perkhidmatan kebajikan.

Kata Pengarah Urusan Ipsos Malaysia, Arun Menon, “Rakyat Malaysia menolak penerimaan pelarian ke dalam negara ini. Sikap terhadap pelarian menjadi kurang positif di peringkat global dan di Malaysia sejak 2022.”

BACA JUGA: Tiada Satu Pun Negara Islam Ditakrif Maju, Ada Sesuatu Yang Tak Kena Dengan Kita – Tun M

BACA JUGA: Demam, Selsema Tular Mungkin Kerana Gelombang Haba, Covid-19

BACA JUGA: STR 3 Disalurkan 26 Jun, Rayuan Dibuka Pada Julai

Beliau berkata, kebanyakan rakyat Malaysia melihat pelarian sebagai oportunis ekonomi yang tidak menyumbang kepada pembangunan negara.

Dalam laporan yang sama turut menyatakan bahawa rakyat Malaysia menzahirkan kebimbangan mengenai peningkatan kadar jenayah, penyakit dan kebersihan akibat daripada pendudukan pelarian di kawasan mereka.

Berdasarkan tinjauan tersebut, 56 peratus rakyat Malaysia bimbang bahawa kadar jenayah mungkin meningkat manakala 54 peratus bimbang akan penularan penyakit berjangkit dan kebersihan kawasan setempat masing-masing.

Biarpun kebanyakan negara majoritinya menyokong untuk membenarkan pelarian sedia ada untuk terus kekal, namun Malaysia dan Turkiye berdiri sebagai negara yang majoritinya menyokong pengusiran pelarian sedia ada dan menghalang kemasukan kepada pelarian baharu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: