Tempatan

UEC Jelas Bercanggah Dengan Sistem Pendidikan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan – Mohd Zai Mustafa

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2021 – “Sijil Unified Examination Certificate (UEC) jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.”

“Ini kerana Perkara 152 (a)(b) Perlembagaan Persekutuan menekankan maksud “rasmi” Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, iaitu bahasa kebangsaan sedangkan UEC tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan mereka,” kata Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Mohd Zai Mustafa.

Menurutnya, UMMAH telah meneliti tawaran pengambilan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan tahun 2021 untuk lulusan SPM 2018, 2019 dan 2020 dan di antara syarat kelayakan yang menjadi kontroversi ialah memiliki Sijil Unified Examination Certificate (UEC).

“Akta Pendidikan 1995, Seksyen 74 melaksanakan Kurikulum Kebangsaan dan Seksyen 69 Peperiksaan mesti mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980.”

“Apa yang ditekankan di sini jelas, UEC tidak melaksanakan Sistem Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang dijalankan tidak diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.”

“Persoalan kenapa Dong Zong beria hendak UEC diiktiraf adalah bertujuan supaya kerajaan mengiktiraf sistem pendidikan vernakular di sekolah persendirian kelolaan Dong Zong di Malaysia,” ujarnya.

Jelasnya lagi, apa yang dapat dilihat keputusan ini benar-benar telah menghina Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1995.

Justeru, apa yang boleh dilakukan untuk membantah pengambilan ini adalah dengan mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membatalkan atau Menteri bertanggungjawab meletak jawatan, tegasnya.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button