Video

Melayu Di Ambang Pengkhianatan Terbesar 14 September!

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 11 September 2021 – Baru-baru ini portal samudera.my mendedahkan terdapat kemungkinan kerajaan bakal menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) bersama pihak pembangkang.

Turut didedahkan antara syarat yg dikenakan ialah supaya UEC diiktiraf dan disahkan kerajaan.

Susulan pendedahan kemungkinan ini, NGO-NGO Islam telah bangkit menyatakan bantahan keras mereka.

Antara yang terawal menyatakan bantahan dalam perkara ini ialah Tn Hj Aminuddin Yahaya, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).

Menurut beliau, mengiktiraf UEC adalah satu pengkhianatan terhadap anak cucu, nenek moyang kita, sistem pendidikan dan keharmonian negara.

Anggota Jawatankuasa Majlis Perundingan Melayu (MPM), Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling pula berkata, “Jikalau mereka tidak menerima bahasa kebangsaan sebagai media dalam pendidikan, maka mereka telah mengkhianati Perlembagaan Negara, mengkhianati Akta Pendidikan Negara dan sekali gus mengkhianati undang-undang kerakyatan negara.”

Bagi Syed Hassan Syed Ali, Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), “Pemimpin Melayu perlulah menyatakan dengan tegas tidak akan menyokong Ismail Sabri sekiranya UEC diluluskan.”

Nadia Aziz, yang merupakan salah seorang pengasas NGO wanita, NAJM, pula berharap perkara ini membangkitkan semangat orang-orang Melayu untuk bersatu dan bangun menentang kebodohan ini.

Dan peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menegaskan, “Perpaduan nasional akan ranap jika kerajaan menerima dan mengesahkan Unified Examination Certificate (UEC).”

Bantahan NGO-NGO Islam semakin meningkat. Persoalannya, apakah kerajaan akan mendengar?

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button