Tempatan

Tolak DAP Dan MCA Jika Mahu Selesaikan Isu UEC Dalam Pendidikan Malaysia – Cikgu Izzat Johari

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2021 – “Satu cara sahaja untuk menyelesaikan isu Sijil Unified Examination Certificate (UEC) dalam pendidikan Malaysia dengan berkesan iaitu rakyat Malaysia perlu bersatu hati dan sebulat suara menolak DAP dan MCA,” tegas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Haji Mohd Nor Izzat Mohd Johari.

Menurutnya, isu ini berbangkit selepas tular mengenai tawaran pengambilan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2021 untuk lulusan SPM tahun 2018, 2019 dan 2020 di mana antara syarat kelayakannya, mereka yang mempunyai sijil UEC diterima masuk.

Ujar beliau, umum sudah mengetahui UEC merupakan Sistem Peperiksaan Menengah sekolah vernakular yang diuruskan oleh pihak Dong Zong sejak tahun 1975, dan ianya berkiblatkan silibus dari negara Taiwan yang berfahaman komunisme.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Cikgu Izzat Johari berkata, “Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepatutnya menerima kenyataan dan menyatakan fakta bahawa UEC adalah berpusatkan kepada pendidikan bersilibus Taiwan yang tidak ada kaitan langsung dengan Dasar Pendidikan Negara sekaligus bertentangan dengan Perlembagaan Negara Malaysia selain tidak diiktiraf di negara ini.”

Persoal beliau lagi, “Apa yang kita tidak faham dan menimbul persoalan adalah mengapa KPM perlu mengiktiraf UEC sedangkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan apakah kedua-dua sijil pelajaran ini tidak mempunyai standard?”

Kata Cikgu Izzat yang juga merupakan Naib Pengerusi PEMBELA, banyak kesan negatif akan berlaku jika lepasan UEC ini diserap masuk dalam Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

“Lepasan UEC ini yang kebanyakannya tidak fasih bertutur dalam Bahasa Kebangsaan malah jati diri untuk cintakan negara semakin tipis.”

“Kemudian keadaan ini akan terus menyebabkan wujudnya perbezaan dalam Sistem Pendidikan Negara sekaligus memberi kesan negatif kepada identiti Pendidikan Kebangsaan di mana akhirnya menghapuskan aspirasi Perpaduan Nasional serta nilai patriotisme di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.”

Ditanya, di manakah pejuang-pejuang yang kuat membantah UEC sebelum ini, Cikgu Izzat melahirkan kekecewaanya selain turut mendoakan supaya kesihatan mereka, para pejuang yang menentang UEC baik-baik sahaja.

“Rindu pada mereka ketika di depan Sogo suatu ketika dulu,” katanya.

Ujar beliau lagi, apa yang jelas jika mereka yang dimaksudkan tidak muncul juga sekarang untuk menentang, terbukti mereka perjuangkan bantahan UEC atas dasar politik dan majoriti mereka takut kepada MCA.

“Siapakah mereka itu? Biarlah mereka tersedak,” kata Cikgu Izzat mengakhiri perbualan.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button