Tempatan

“Tak Perlu Bayar, Kami Bersihkan Kereta Banjir Percuma”

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

24 Disember 2021 – Kesan degil lumpur dan selut di permukaan dalam dan luar kereta selepas banjir surut pasti akan memeningkan kepala para pemilik kenderaan.

Bukan sekadar membuat pemilik pening, malah kesan palitan lumpur dan selut yang terkumpul di sekitar tayar, brek dan bahagian bawah kereta sekiranya sudah mengering, juga boleh menyebabkan kereta bergegar sewaktu dipandu.

Tidak ada pilihan lain, kesan lumpur mesti dibersihkan terlebih dahulu sebelum kereta bebas digunakan semula.

Namun, mencucinya bukanlah perkara mudah dan ia adalah sukar untuk diuruskan oleh mereka yang tidak mempunyai pengetahuan dan peralatan yang mencukupi bagi tujuan itu.

Memahami kesusahan ramai mangsa banjir, Bengkel Azam Motor Banting – sebuah bengkel milik Bumiputera, menghulurkan tangan mereka untuk memberi perkhidmatan mencuci bahagian luar dan dalam kereta yang telah tenggelam dalam banjir.

Dan yang lebih terharu lagi, perkhidmatan ini adalah ditawarkan secara percuma!

Mereka yang mahu menggunakan perkhidmatan bengkel ini boleh membuat temujanji dengan menghubungi Cik Nana di nombor talian 016-225 8609.

Niat murni bengkel tersebut mendapat pujian dan penghargaan daripada ramai netizen di media sosial.

Ada di kalangan mereka menyarankan agar sebuah tabung derma dilancarkan supaya sama-sama turut membantu meringankan beban upah menggajikan para pekerja dan bahan cucian yang diperlukan untuk membersihkan kereta-kereta yang diselaputi lumpur dan selut banjir itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: