Tempatan

Banjir Baling: Mayat Wanita Hamil Dan Ibu Mertua Berpelukan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BALING, 05 Julai 2022 – Dua daripada tiga beranak yang hilang dalam tragedi banjir di daerah Baling ditemui maut dalam keadaan berpelukan pada pukul 9.30 pagi tadi.

Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23, dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, 53, ditemui oleh anggota bomba di bawah timbunan batang pokok berhampiran Sungai Iboi, kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka.

Arwah Nurul Anis yang sedang hamil anak sulung datang dari Pulau Pinang bagi menjaga arwah Salmah Mat Akib, ibu mertuanya yang terlantar kerana strok.

“Mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan serta tiada kesan kecederaan luaran.”

“Kita mengeluarkan mayat pertama iaitu Nurul Anis diikuti ibu mertuanya, Salmah,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon seperti dalam Kosmo! 

Akan tetapi, seorang lagi mangsa, anak kepada Salmah Mat iaitu Khairul Ikwan Nor Azam, 14, masih belum ditemui.

Operasi pencarian mangsa masih sedang giat dijalankan.

Terkini: Pasukan bomba telah menjumpai mayat Khairul Ikhwan Nor Azman,14, dua jam kemudian. Mayat dijumpai kira-kira 10 meter daripada lokasi penemuan dua ahli keluarganya.

“Manakala bagi mayat ketiga ditemui tidak jauh dari lokasi penemuan mayat pertama dan kedua namun kita tidak nampak keberadaanya disebabkan timbunan kayu yang banyak,” kata Sayani, menurut Malaysia Gazette

Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: