Gaya Hidup

Nak Bantu Sukarelawan Banjir? Ini 15 Item Terlepas Pandang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Banjir kali ini mengejutkan semua orang. Mana taknya, kawasan yang tidak pernah dilanda banjir, tiba-tiba dilanda banjir.

Manakala kawasan yang selama ini hanya mengalami banjir sehingga takat buku lali, tiba-tiba naik meninggi menenggelami bumbung rumah.

Apabila banjir sudah surut, baru sedar banyak barang-barang yang diperlukan untuk mangsa banjir terlepas pandang.

Berikut merupakan senarai barang-barang bagi membantu mangsa banjir menurut saudara Hasan Suyat,  Pengurus Kewangan di homestay SANTIKA, Hulu Langat seperti dalam Facebooknya.

1.Susu Kotak atau Milo Kotak Kecil

Menurut saudara Hasan Suyat, susu kotak atau Milo amat diperlukan bagi membuat susu anak dalam keadaan ketiadaan elektrik, air dan talian telefon.

2. Lilin

Lilin diperlukan kerana banyak rumah yang masih belum dapat bekalan elektrik.

3. Power bank / Lampu Suluh / Lampu

Ini memang antara barangan penting. Powerbank sangat-sangat diperlukan untuk mengecas bateri telefon pintar bagi kemudahan komunikasi.

4. Seluar Dalam Pendek Lelaki/Seluar Dalam Lelaki

“Lelaki-lelaki yang bekerja mengeluarkan selut ni, ada ramai yang dah beberapa hari tak ganti pakaian dalam. Banyak bantuan yang sampai hanya pakaian dalam wanita sebab lelaki selalu cakap “ahh, lelaki takpe…”,” luah saudara Hasan Suyat.

5. Krim Kulit

Krim kulit ini adalah untuk mengelakkan penyakit gatal dek kerana lumpur, pasir halus dan air kotor yang dibersihkan.

6. Sabun Badan & Syampu Rambut

Set kebersihan diri untuk buang kekotoran dan mengelakkan jangkitan.

7 . Pampers size XL & XXL

“Kebanyakan pampers yang sampai size M & L. Tapi ada juga anak-anak yang dah besar sikit tapi still gunakan pampers tapi kekurangan bekalan,” kata Hasan.

8. Tuala

9. Telekung

10. Dapur Gas Mudah Alih

Dapur gas mudah alih ini antara keperluan penting. Menurut Hasan, ada yang bagi bihun, sardin, beras bahkan ayam sejuk beku!

“Isunya banyak rumah yang dapur pun dah hanyut dibawa banjir. Nak masak pakai apa? Nak simpan ayam pun, freezer tiada.”

11. Penyapu Bulu Keras dan Penyapu Tolak Air

Ini sahaja yang boleh digunakan bagi membersihkan rumah dari segala sisa banjir dalam keadaan ketiadaan sumber elektrik mahupun air.

12. Generator (Genset) + Penyembur Air Jet (Waterjet) + Petrol

Saudara Hasan mengingatkan kepada semua untuk menyemak dahulu dengan tuan rumah sama ada bekalan air sudah disalurkan atau tidak sebelum membawa semua peralatan ini. Jika tidak, waterjet tidak dapat digunakan.

13. Pengorek kaut (backhoe/JCB) dan tong RORO (RORO Bin)

“Selut di luar rumah yang sampai paras pinggang ini kalau nak dibersihkan secara manual memang boleh patah pinggang. Jadi kalau ada JCB & Roro untuk angkut sampah-sampah nih, memang sangat-sangat membantu.”

14. Air Manis

“Dah kerja berat ni, ramai yang dok tanya air manis ada tak. Ingat dulu Pak Totok Subagiyo selalu request “jamu…” lepas buat kerja berat,” kata saudara Hasan dalam perkongsiannya.

15. Kereta Sorong

Mudah untuk mengangkat barang-barang dan sampah.

16. Tenaga, Sokongan Moral & Doa

“Ha nih yang paling penting! Kalau mampu sumbang tenaga, silakan. Tak mampu, cukup dengan moral support dan doa dari kalian untuk kami semua!” tambah beliau.

Di akhir perkongsian, saudara Hasan Suyat mendoakan semua mangsa banjir termasuk dirinya untuk terus kuat menghadapi musibah ini.

“Terima kasih kepada para penyumbang semua. Kami tak mampu nak balas apa-apa kerana kami tinggal sehelai sepinggang sekarang ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua,” doa beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: